Kenapa Laila (How I Met My Wife) Episod 2 ©

on Friday 14 December 2012
Walaupun aku dah janji nak cerita pasal ex-girlfriends aku, tapi kecenderungan hakikinya lebih kepada si dia yang bernama Laila yakni isteriku. Apabila terkenangkannya pun dah buat aku melayang-layang, terbang menyusuri setiap memori...

Dulu, lepas break dengan ex-girlfriend aku yang terakhir, aku agak terkesan dengan pengakhiran hubungan itu. Apabila kita dah letak sepenuh harapan pada sesuatu, bagai hampir pasti harapan itu akan 'menjadi'. Tapi tak jadi! Rasa sengal urat-urat dalam kepala ni. Otak secara intensif menjalankan kaji selidik.

Perihal hajat tak sampai itu boleh diterima akal sebenarnya, namun sebab musabab harapan tak menjadi itu yang berlegar dalam fikiran. Apa sebabnya pun sampai sudah tak dapat nak faham. Hakikat putus cinta sebigini sebaiknya harus dijauhkan. Biar dia pergi jauh-jauh... akibatnya, longlai tubuh badan. Saat usia baru mencecah 21, pedoman tu agak kurang dalam dada... Itu yang buat duduk terjelepuk tepi tangga. Bila dah dewasa, dah jadi sang suami ni, bila kenang balik mesti rasa nak makiterajang je diri aku masa dulu tu. Sebenarnya takde apa pun yang sibuk nak dilayankan sangat.

Namun begitu, sesuatu itu terjadi untuk sesuatu. Bear in mind... Everything happens for a reason... itu kata mereka... Masa ni la aku adakan sesi intrapersonal. Cakap dengan diri sendiri, cari pengertian dan punca perpisahan la konon. Lame habis! Satu perkara terjadi untuk trigger satu perkara lain untuk berlaku.

Akhir suku ketiga tahun 2001,aku sebagai student di sebuah universiti swasta yang terletak nun jauh di tempat anak-anak jin bercanda, Cyberjaya. Tak lain tak bukan iaitu MMU. Apa pun takde. Yang ada hanya kering, kontang, panas & Street Mall. Zaman ni bebudak baya aku sememangnya sinonim dengan muzik. Layan semua jenis muzik dengan macam-macam genre. Masa ni jugak internet jadi kawan baik. Muat turun mp3 & video muzik jadi past time activity paling best. MMU pulak masa tu memang kaya dengan sumber MP3 & muzik video dan macam-macam, semua kongsi dalam intranet. Meriah habis! Muse, Incubus, System of A Down, Slipknot, Deftones, Korn, Limp Bizkit dan banyak lagi you name it. Dipendekkan cerita, zaman ni jugak, ramai yang layan muzik-muzik berkonsepkan band, pancaragam kata orang dulu-dulu. Ramai yang nak tubuhkan band sendiri. Termasuk aku. Tapi takde kaki nak ajak main muzik yang aku suka masa tu. Kiranya, cita-cita aku kene bekukan dulu sampai ketemu band member yang sebulu.

Perihal aku dan sidia, muzik pemula bicara. Muzik buat kami teruja, kerana muzik jadinya 'kami'... Hari tu hari Jumaat. Ada kelas pukul 8 pagi. Lepas solat subuh aku tidur balik, nak napping, snooze-snooze kejap. Nak lelapkan mata barang seminit dua la konon-konon. Lagi 15 minit kelas nak mula baru tersedar. Tapi masih buat relax, bersiap macam biasa, buat macam masa masih menyebelahi aku. Dulu aku duduk rumah sewa. Akibat tak dapat hostel. Pakat ramai-ramai dengan kengkawan cari rumah. Roommate aku masih dok terkangkang tidur sambil peluk bantal. Dia takde kelas hari ni. Jumaat dia memang best kerana Jumaat dia hari cuti.

Biasanya aku akan naik shuttle bus yang disediakan oleh MMU untuk angkut student dari rumah sewa ke kampus. Tetapi hari ni aku naik motor, aku pinjam motor Modenas Kriss roommate aku sebab hari ni ada beberapa perkara yang aku nak selesaikan lepas waktu kelas. Dari rumah aku meredah pagi dengan niat yang murni suci untuk mengaji. Aku tengok jam tangan aku dah 10 minit lepas 8, aku masih chill. Cuaca pun baik, matahari pagi elok je naik perlahan-lahan. Aku teruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke destinasi pada jam 8.35 pagi. 

Aku terus menuju ke lecture hall 3. Terkedek-kedek memanjat anak tangga. Lecture hall ni best sebab lecture hall ni saja kerusinya ada kusyen. Kiranya, kalau ada kelas yang agak bosan, napping pun selesa. Aku masuk dengan langkah yang agak berani. Masuk dari pintu atas. Langkah penuh yakin dan tenang. Aku tarik daun pintu dan lecture hall itu senyap sunyi. Kosong!

Jahanam. Kuliah ni ke yang batal atau aku yang salah lecture hall? Aku cuba intai lecture hall sebelah menyebelah, tapi ternyata penghuninya bukan dikalangan classmate aku. Tak mungkin kuliah dah bertukar venue dan diadakan di kelas biasa, kerana ramai yang ambil subjek ni. Kelas biasa memang tak muat. Perkara ini boleh jadi best atau pun sebaliknya. Best sebab takde kelas. Tak best sebab aku kene susah payah bangun pergi kelas yang dah batal.

Aku ambil keputusan untuk pergi ke cafe sebelah library untuk sarapan nama dia cafe Tau. Kebetulan di situ aku berjumpa 3 orang amoi, classmate aku yang sedang duduk menjamu selera. Aku tanya tentang kelas tu. Dia balas dengan senyum. "The class was cancelled. They put it up in the bulletin last night, but I didn't know as well". Aku chit-chat sekejap dengan amoi-amoi tu dan minta diri untuk keluar. Lupa terus tentang breakfast. Nak masuk balik rasa macam bengong pulak. Aku terus ke tempat letak motosikal.

Yang dah lepas, lantak kat situ. Sekarang aku perlu fikir untuk cari sampul surat saiz A3. Amanat dari abang aku, tolong hantarkan document untuk dia. Bukan main besar lagi document tu. Di sini la bermulanya perjalanan Jumaat penuh makna aku itu. Misi mencari sampul surat saiz A3. Kan ke pelik-pelik tajuk tugasan aku tu. Memang aku blur pagi tu. Tak boleh nak fikir, mana boleh aku cari benda-benda special request macam ni? Aku start motor dan teruskan perjalanan, keluar dari MMU tanpa ada idea dalam kepala…

Lepas satu tempat ke satu tempat aku lalu. Tapi tak berhenti pun. Aku layan je jalan raya tu. Ikut je mana tayar motor tu bergerak. Akhirnya aku sedar, aku berada di Petaling Jaya. Khayalan peringkat tinggi ni. Aku rasa macam lapar pulak. Dah dekat sejam lebih aku duduk atas motor. Aku singgah satu kedai mamak dekat dengan restoran A&W. Lepak situ makan roti pisang sama teh panas. Sambil- sambil duduk termenung tanpa motif. Sampai lupa langsung pasal sampul surat A3 tadi.

Tak sedar masa tu berlalu pantas. Bak kata kartunis Aie, ‘masa tak ada masa nak buang masa dengan kita’. Jam dah tunjuk pukul sebelas setengah. Dari Cyberjaya pukul sembilan, sampai sekarang apa pun tak buat lagi. Aku terus bayar duit makan tadi dan terus dengan pencarian sampul surat A3 yang misteri sangat tu. Soalnya di mana? Aku rancang nak teruskan perjalanan ke kawasan Asia Jaya. Kat situ ada banyak kedai dan ada pejabat pos sekali. Dekat pulak dengan Masjid Bulat. Senang aku nak solat Jumaat. Masa pun tak banyak yang tinggal. Aku cuba nasib di sana saja. 

Cuaca panas! Trafik bergerak perlahan di flyover PJ Hilton, aku berhenti di lampu isyarat merah. Lama pulak lampu ni nak tukar hijau. Kalau macam ni hari-hari mau legam tangan dan muka. Adalah satu pengorbanan juga kepada mereka yang mencari rezeki dengan bermotosikal ke tempat kerja. Itu belum hujan lagi, tersadai bawah jambatan. Belum ambil kira risiko kene langgar dengan lori tu. Ini adalah bukti bahawa kehidupan ini sungguh ‘macam-macam’. 

Ok, lampu pun dah hijau, aku terus tunggang motor dan sampai ke destinasi. Dah kelihatan orang berkopiah dimana-mana. Aku letak motor dan bergegas ke pejabat pos. Perkara pertama sekali aku buat adalah aku terus ke kaunter, bertanyakan pada akak yang jaga kaunter tu ada tak jual sampul surat A3. Akak tu pun jawab dengan penuh santun dan gembira. Ada…

Walaupun berita itu tak boleh nak capai tahap berita gembira mutlak, tapi kegembiraan kecil ini make my day sangat ni. Aku teruskan kerja-kerja penghantaran dokumen abang aku. Ambil nombor, duduk dulu, tunggu giliran, jumpa akak kaunter tu balik, sembang-sembang dengan akak kaunter tu sambil selesaikan urusan, bayar duit dan keluar.

Hampir pukul satu. Bacaan surah-surah dah mula berkumandang, hampir masuk waktu solat Zuhur. Aku terus ke tempat letak motor dan simpan semua yang ada di tangan. Aku simpan kemas-kemas barang-barang aku dalam compartment belakang motor. Tukar kasut dan pakai selipar, dan capai kopiah dalam beg. Teruskan berjalan kaki menuju ke masjid bulat. Sedang elok berjalan tu terpandang pulak kedai jual majalah dan surat khabar. Layan sekejap, barang seminit dua.

Aku mula baca tajuk utama berita sahaja. Dari satu akhbar ke akhbar yang lain. Selak bahagian sukan, nak tengok kalau-kalau ada berita menarik. Tengok pulak tabloid, sememangnya intipati, kisah-kisahnya semua yang pelik-pelik tak pon mesti cerita berbaur seks. Damn perv!  Bergerak pulak kebahagaian majalah. Mencari-cari majalah muzik. Macam-macam ada. Saja nak tengok. Nak beli memang tiada dalam perangcangan. Aku tak perasan ada seseorang disebelah kanan aku turut sama melihat majalah-majalah. 

Seorang perempuan. Maybe dia pun browsing juga. Tidakku pandang pula wajahnya, kerana waktu itu aku lebih cenderung melihat muka surat yang sedang dibacanya. Terpampang gambar kumpulan Incubus dan ada artikel mengenainya. Tak tahu dari mana datangnya suara, aku terus berkata sesuatu indirectly kepada perempuan itu, sipembaca tadi.

“Bila agak-agak diorang nak datang sini eh?” Agak pelikkan perbuatan aku itu kan? Malah aku sendiri setuju bahawa ianya pelik. Tetapi ada yang lebih pelik berlaku selepas itu. 

“Ha’ah eh. Tak pernah lagi singgah sini kan..?” Si pembaca tadi membalas. Ok... Nice voice…

Fenomena pelik itu masih berterusan. “Cerita pasal ape?” Aku tanya.

“Pasal next album, kata nak released Oktober ni.”

“Make yourself 99’ kan?”

“Ha’ah album tu best kan?” Dia pandang aku. Comel!  

Aku pandang dia. Dua saat, dan kami senyum. “Hmmm” aku anggukkan kepala sedikit tanda setuju. Dia teruskan pembacaan. Azan berkumandang, aku ubah pandangan ke jam tangan dan ke arah masjid. “Masuk waktu dah…” Dia pandang aku sekali lagi dan balas dengan senyuman.

“Bye”

“Bye”

Aku pun berlalu, menuju ke masjid. Dalam sedang mengatur langkah tu, aku terfikir macam nak patah balik, nak mintak contact number, berkenal-kenal ke... Aku berhenti dan toleh semula ke tempat dia berdiri. Dia masih terus membaca sambil menggalas sebuah beg guitar bass di bahu kanan. Main bass? Cool! Dalam hati dah terdetik perasaan pesimik “Bleh dapat ke? keep dreamin'...” Aku akur dan memilih untuk lupakan dan terus berjalan ke masjid. 

Hakikatnya, itu lah isteriku Laila Nazeeha.

Hadis 40 - Ibu Kepada Hadis² Lain


Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai...

Berpesan-pesanlah… InsyaAllah…

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah no: 4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Kedudukan hadis ini
- Ibu kepada hadis-hadis lain. Mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.
2) Islam
- Terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
3) Iman
- Asal iman/ iman dan islam/ qaul
- Amal juga sebahagian dari iman. hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar………..
4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di langit
- semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.

Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata.

Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya. llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar. Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

والله الم 

Hadis 40 - Niat

on Tuesday 11 December 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Sorry², aku tak tunai janji. Kenapa Laila (How I Met My Wife) kena tangguh lagi. It will be up soon.
Entry kali ini, solely untuk aku melakukan sesuatu untuk berpesan-pesan kepada mereka yang singgah dan baca blog aku ini. Lillahi ta’ala. InsyaAllah...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al- Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih  (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال  بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908). Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
 
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini
- kisah Hijrah Ummu Qais.

2) Kenapa niat penting :
- Untuk bezakan ibadat dengan adat.
- Untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat (jahr)
- Bid’ah mungkarah : tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil)
- Fuqaha’ Syafie: sunnat. Haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
- dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Contoh:-
- Berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki) Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
- Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat.
- Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - seperti – tak makan - berdosa.

Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

p/s: Sekiranya ada diantara kita lebih arif dan benar, lalu mendapati ada kesilapan dalam peneranganku sila betulkan.

والله الم

Anak Abah The Second!

on Tuesday 27 November 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai!

Alhamdulillah. Sesungguhnya hati ini gembira. Abah's Jr. is going to have a partner soon. Berita ini tidak lah baru sangat. Quite sometime jugak aku dah tau. Countdown pun aku dah letak kat bawah tu. Gender tu tak tau lagi. It's fine as long as Wifey, the baby & our Jr. is healthy, itu Doaku. Ameen...

For this blog. Aku harap dapat spend more time untuk menulis dan merungkai. Harap aku ada masa.

How I Met My Wife is next!

Wassalam

5 Sebelum 5

on Tuesday 9 October 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Pesanan untuk aku dan kalian. Please take note & bare in mind.

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Ahad lepas aku join game futsal anjuran ofis aku. Permainan ini telah menyedarkan aku tentang beberapa perkara. Iaitu, futsal bukan permainan untuk aku lagi. Exercise biasa² seperti jogging sekali sekala dalam seminggu atau buat kerja² berat tidak bermakna aku cukup fit untuk main permainan ini. Kalau dah lama tak main permainan ini, contohnya, tahun 2004 adalah kali terakhir ia mainkannya, toksah mimpi ko tu champion sangat walau se-champion mana ko dulu. Sedarlah diri ko sikit ini dah tahun 2012. Kira-kira biar betul, dah masuk 8 tahun beb.

Hasil daripada 8 tahun menyepikan diri dari futsal, inilah pencapaian aku. Main 4 kali, Seri 1 kali, yang belen semua kalah. Puihh!!! Hasil dia satu badan sakit², EL satu hari (kaki tak boleh nak tekan pedal), seminggu baru kebah sakit² nih. Solat pun kene solat duduk. Pungkoq btoi.

Kaitan dengan tajuk entry kali ni adalah. Dulu masa sihat² solat lambat², sekarang nak solat pun susah. Masa sihat nak buat apa² pun malas. Sekarang lagi susah dol. Itu baru yang pertama, No. 2 hingga 4 tu pun mula rasa jugak. No. 5 tu anytime. How much time do we got?

Ya Allah, letakkan diri aku dalam keadaan sedar, beringat, beriman sentiasa, bertindak pada waktunya. Ameen!

Image credit to Zolisport

Sekian.

Hati & air sirap

on Thursday 4 October 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Hari ni hari Khamis. Kepada sesiapa yang berpuasa sunat Isnin & Khamis/ puasa ganti/ puasa nazar dan apa jenis puasa, aku ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.

Aku ada satu cerita nak kongsi. Satu masa dahulu, zaman² bujang, ada satu hari tu aku puasa sunat dengan mak aku. Petang tu, sebelum waktu buka puasa, aku buat trimming pokok depan rumah. Pokok ni kira tempat aku berkarya la. Aku bentuk², trim² pokok tu ikut shape yang aku suka. Ada lima pokok semua. Dua daripadanya bentuk gerudi, macam skru tu. Aku gelarkan pokok tu, Inul 1 & Inul 2, hehe. Sempena gelek gerudi Inul la tu. Tiga lagi aku trim bentuk kon, sebab mak aku yang request.

Cerita kali bukan pasal pokok² tu, cerita pasal pokok² ni lain kali aku cerita. Aku kalau trim pokok ni memang lama. Sebab aku tak puas hati kalau selagi tak capai kualiti yang aku nak. Berjam jugakla ambil masa. Jadi, kalau dah panjang masanya, memang penat beb. Tambah pulak aku puasa hari tu.

Waktu buka puasa dah dekat, aku baru habis trim pokok. Lepas tu aku masuk rumah cuci kaki tangan. Duduk depan meja dengan mak aku. Tekak masa tu punya la haus. Dahaga bebenor. Tapi air tak ada lagi atas meja. Mak aku bangun balik pi dapur dan ambil kole (mug stainless steel). Pastu mak aku tuang air dalam cawan aku dan dia. Mak aku ni suka minum air panas/ suam. Jadi pada malam tu menu air kami adalah air sirap suam. Sedap beb minum air sirap suam ni, aku pun dah terikut² selera mak aku, hehe.

Akan tetapi, jauh di sudut hati kecil aku ni, menginginkan air sirap yang sejuk, kalo boleh ada ais sekali. Sambil menghirup air sirap suam yang mak aku buat tu, ini adalah statement hati aku "sedapnya kalau dapat air sirap ais, tapi takpe yang ni pun Alhamdulillah...". Itulah exact phrase yang terungkap dalam hati aku. Itu je yang aku fikir dan terdetik dalam hati aku. Tak ada kurang, tak ada lebih. Aku ingat sampai sampai bila².

Malam tu lepas Isya' jiran aku selang empat buah rumah jemput makan kenduri. Biasa la nak dekat² masuk bulan puasa orang ramai² pakat buat tahlil kenduri arwah. Lepas dah habis tahlil, tuan rumah start hidang makanan. Apa yang menarik minat aku pada malam tu adalah jug air yang berisi sirap ais. Menarik habis! Lepas orang dah hidang, tuang air semua cukup, imam pun baca doa makan. Lepas tu aku pun pegang kemas gelas berisi air sirap ais tu lalu meneguknya. Itu la air sirap yang paling sedap aku pernah minum seingat aku, sepanjang hidup aku bernafas ni.

Aku cuma mintak dalam hati je tadi. Terdetik je pun. Namun, itu dah kira doa. Setahu aku, doa yang ikhlas itu Allah dengar. Pada aku, ikhlas itu yang misteri. Aku pun tak faham macam mana nak capai ikhlas sebenar benar ikhlas tu. Setiap kali aku kenang kisah ni, berkaca-kaca mata ni. Rasa nak menitik air mata. Mintak air sirap pun Allah bagi. Sedap plak tu...


image credit to wooferstorm

Selalu kita tanya kenapa doa tak makbul. Apa yang dihajat tak dapat. Aku rasa ini adalah one of the reason terkuat. Ikhlas...

Sekian

Komen Aku untuk "Malaysia PM says women’s rights movement not needed in country"

on Tuesday 2 October 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Entry hari ni mengenai kenyataan PM Najib berkenaan Malaysia tidak memerlukan pergerakan hak wanita "Women's Right Movement". Sebab dia kata wanita memang didahulukan/ diutamakan dalam banyak perkara di Malaysia ini berbandaing negara lain.

Komen aku adalah: Aku SETUJU dengan Pakcik Najib ni.

Tak payah kot nak bergerak² sangat wanita² ini. Ni semua excuse/ tiket untuk melakukan sesuatu. Nanti senang protes, ada kawan² tolong, baru meriah. Undang²/ negara kita ni pinggirkan sangat ke wanita? Aku baca satu artikel kat sini. Ada berbaur politik sebenarnya. Lame sangat...

Pada aku, dalam Malaysia, hak wanita memang terjaga. Alhamdulillah. Even wanita nak pakai baju singkat gila ke, seksi macam mana pun orang tak boleh cakap apa. Ada ke orang tegur cenggini? "Apa yang seksi sangat ko nih? Ko balik tuko baju skang!" Takde kan.....

Dah pakai baju seksi², pastu marah bila orang stare kat dia. Dah ada mata kena la tengok dol! Masalahnya bukan lelaki je tengok, kaum dia sendiri pun dok tengok. Nak pulak yang pakai bukak tang dada tu, yang tayang cleavage tu, time tunduk ke atau time bercakap berhadapan dengan orang lain, dia pun SEBOK la pegang tang dada dia. It's kind of STUPID la ngok!

Cuba lepas ni kita pakat-pakat jangan tengok pompuan² pakai baju singkat/ seksi² ni. Kita buat derk je. Macam dia depa tak wujud. Kita pandang²/ adore orang yang pakai baju tutup aurat. Confirmed lepas ni dia pun ikut tutup aurat. Haha... Pakai baju singkat²/ seksi² semua ni nak tarik perhatian belaka. Pungkoq btoi!

Memang la hak perempuan tu banyak. Bukan sekadar tentang perkara di atas sahaja. Namun begitu pokok pangkal dan puncanya adalah daripada wanita sendiri. Terimalah hakikat ini. Anatominya adalah, bila wanita buat sesuatu, lepas tu macam tak kena gaya atau pun tak dibenarkan atau against dia punya will, time tu la kata hak wanita tak terbela.

Cara yang paling mudah adalah, ikut saja cara Islam. Pada yang belum kahwin, ikut sahaja kata ayahmu, selagi tidak melanggar syarak. Yang dah berkahwin, ikut saja kata suamimu, selagi tak melanggar syarak. Hasilnya adalah syurga Allah. Ada yang lebih baik dari itu ke? Bandingkan dengan hak anda tadi... Jangan berat² kan fikiranmu...

Hidup ni dah la sekejap, lepas tu sementara. Mati bakal datang bila². Ini bukan bermaksud kena fikir hak kita, hak kita, hak kita.... Fikirkan yang paling utama iaitu hak Dia.

My thought of a women will be like this...period!

 Image credit to smsglitz
 Moga selamat dan sejahtera SEMUA wanita dalam dunia!!!

Sekian.

Chemistry yang aku tidak faham.

on Sunday 30 September 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu & hai.

Ada benda yang aku nak share hari ni. Merujuk kepada entry aku yang lepas, iaitu entry Mana akalmu?. Aku ada mentioned satu kisah celebrity TV3. Alhamdulillah, sekarang ni dia bertudung sepenuhnya. (Ke dia ada baca blog aku ni? hehe...) Mesti suami dia bangga dan bersyukur sebab wifey dah bertudung, menutup aurat. Lebih² lagi si dia seorang public figure. Cantik pulak tu. Syabas!

Perkara di atas hanyalah template sahaja. Namun begitu, sekarang aku nak berbicara tentang perkara lain, tetapi significant dan lagi penting. Sebelum itu, aku nak clearkan dekat sini bahawasanya entry kali ini dedikasi untuk renungan bersama termasuk diriku ini. Bukan untuk condemn sesiapa.

Semenjak ada anak ni, bila aku tengok dia mesti banyak benda yang terlintas dalam fikiran aku. Aku selalu terbayang macam mana bila dia dah besar nanti? Muka dia? Fizikal dia? Bila dia dah pandai bercakap nanti, macam mana cara dia bersembang dengan aku dan mommy dia? Ada jugak aku terfikir, macam mana bila dia besar nanti, dia adalah reflection aku. Kalau yang baik tu Alhamdulillah... Macam mana pulak kalau yang tak baik tu? Ngeri siut bila bayangkan. (tu confirm ada dosa beb, tu yang layan ngeri tu...) Masa tengah fikir tu baru rasa menyesal. Rasa macam kena lempang dengan rasa menyesal tu. Rasa takut tu memang tak boleh nak sangkal. Berdebar² beb. Baru aku rasa apa yang orang tua kita rasa bila dia dok risau pasal kita.

Rentetan daripada mengenang kisah lama ini. Aku semakin berhati² dalam mendidik anak aku. Paranoid! Sayang mau lebih. Sama la dengan wife aku jugak. Nyamuk gigit pun kami dah rasa tak keruan. Hehe... hanya yang terbaik untuk dia, membesar sesempurna mungkin.

Ok. Kita dah biasa dengar orang jatuh cinta. Baik lelaki mahu pun perempuan. Jatuh cinta tu satu hal, tapi yang menjadi halnya adalah, perasaan cinta yang baru datang dalam diri anak² ini, baru sangat...adalah dalam empat lima hari macam tu... boleh overpowered kasih sayang antara diri dia dengan mak bapak. Sebagai contoh, ibu bapa besarkan anak dari dua jari tapak kaki sampai besar, let say umur 18 la kata. 18 tahun mengharungi bersama segala rencah dalam hidup ni. Ibu bapa jaga macam menatang minyak yang penuh katanya... Suka duka bersama ibu bapa. Tiba-tiba jumpa satu hamba Allah ni, so called girlfriend/ boyfriend. Jumpa kat mana entah? Ada yang jumpa kat sekolah la, kolej la, bus stop la yang paling jahanam tu jumpa time clubbing. Lepas tu kenal², rasa macam best turns to cintan cintun, agak ok² perhubungan tu, menikah la.

Aku nak kupas kronologi perkara ni, kerana ianya implies kepada aku juga. Kita masih lagi merujuk kepada kes di atas. Selepas 18 tahun hidup dengan ibu bapa, sekelip mata dia berubah mengikut pasangan yang baru dikenali. Empat lima hari je beb. Setiap pasangan itu mempunyai kekuatan dan magis yang out of this world. Dalam waktu yang singkat satu antara mereka akan berubah mengikut pasangannya. Kalau macam ni punya cerita nak kategorikan macam mana? Adakah ianya lumrah? Adat la tu bebudak zaman sekarang...Aku secara peribadinya tidak setuju dan sesungguhnya tidak faham dengan chemistry ini. Ia terjadi dalam hidup aku juga.

Ok. Kali ni lebih detail dan mendalam sikit kupasan aku. Sebagai contoh lagi. Seorang perempuan, tidak bertudung, jumpa seorang lelaki lalu jatuh cinta dan berkahwin. Lepas kahwin suaminya pimpin dia elok² dan dia bertudung. Solehahkan bunyi dia? Kalau sekali baca ini adalah perkara biasa, celah gigi je cerita ni. Memanglah itu tugas suami pimpin/ bimbing isteri ke jalan yang benar. Apa ko nak lagi ye tak?

Here's the thing... Macam mana dengan bapak si perempuan itu sebelum dia dipimpin oleh sang suami tadi? Kata la dia berkahwin pada usia 23 tahun. 23 tahun si bapak tak dapat nak bimbing anak dia? Here comes the man out of nowhere, take less than a year turns someone's daughter to be an angel. 

Kepada si bapak... What's up daddy? What's wrong along the way? Too busy? Ka hang ajaq tapi anak hang ketegaq kot? Ka hang tak tegoq anak hang? Hang tak ajaq langsung ka apa? Hang tau dak la ni hang tadak kuasa dah. Putuih habih tanggungjawab hang pada dia. Apa crita nih? La ni laki dia pikui tanggungjawab tu.

Kepada si anak... 23 tahun pak hang tak ajaq apa ka? Kalau dak, shame on him la naa... Baguih la hang ikut kata laki hang la nih... Ka hang ketegaq? Bersungguh la pak ajaq hang buat cara hang jugak... Datang mamat mana ntah elok plak hang ikut kata dia. Kesiana la pak hang, hang pilih bulu naa...

Renungan untuk aku sebagai seorang lelaki dan bakal bapak kepada anak perempuan aku kelak. Kalau aku berada dalam situasi di atas. Aku ada 23 tahun bersama anak perempuan aku, untuk aku sayang dia, belai dia, didik dia, tengok dia berjaya dan macam² lagi. Setiap kali kesilapan yang dia lakukan disebabkan aku tidak mengajarnya. Dosa. Bersediakah aku? Semua ini boleh jadi elok jika bermula daripada diri kita sendiri. Ia harus bermula right away! Like... NOW! Kisah anak perempuan 23 dan bapaknya tadi boleh ditukar ganti dengan anak perempuan dengan emaknya, anak lelaki pun boleh, so on & so forth... (Tapi anak lelaki sampai mati memang kena jaga mak dengan bapak dia. No Excuse)

Perkara ni akan berulang, keep rotating, jadi balik pada anak²/ keturunan yang akan datang. Wal hasil balik asal, wal asal balik hasil... Yang ni pun nak kene tunggu Nabi Isa turun suruh kasi perbetul kot?...

Wallahualam.

Kenapa Laila (How I Met My Wife) - Pilot ©

on Wednesday 19 September 2012
“Aku terima nikahnya Laila Nazeeha Binti Naazir dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai.”

“Sah!”

“Sah!”

Doa dibaca, aku angkat tangan kemas-kemas, mensyukuri moment yang sangat manis dalam hidup aku ni. Rasa nak menitik air mata pun ada, air mata gembira... Tapi tak mau pulak dia keluar. Kalau boleh, satu dunia aku nak share perasaan aku ni.

Ameen… aku usap kedua belah tangan ke muka, aku berhenti disitu seketika lalu aku bawa ke dada. Aku toleh ke belakang. Elok je sidia berbaju putih berseri, duduk diatas bantal kuning, dan tersenyum. Hari ni sememangnya Jumaat yang paling istimewa dalam hidup aku. Kisah yang akan terjadi lepas majlis nikah aku ni akan aku ceritakan pada kalian. Tapi apa yang terlebih penting adalah cerita bagaimana kisahnya aku jumpa dengan isteri aku, dan kenapa dia jadi pilihan hati? Kenapa Laila?

Nama aku Muhammad Amsyar Bin Muhammad. Mak panggil aku Amsyar, rasanya semua orang pun panggil aku macam tu. Kecuali adik-adik aku, diorang panggil aku abang. tapi kalo time ngada-ngada tu selalu gak panggil aku Abang Amsyar. Laila selalu panggil aku awak. Kadang-kadang tu you. Tapi the tremendous among all bila dia sebut nama penuh aku. Masa tu, baru aku tau apa maksud damai tu sebenarnya. Lepas ijab qabul ni, kami belum decide nak panggil apa. Laila cakap, biar moment tu yang tentukan.

Ada banyak benda aku nak ceritakan, tapi aku tak tau mana nak mula. I will try my best to deliver, I promise. Mula-mula aku akan cerita tentang aku dan relationship. Percayalah, it’s not good at all! Aku tak berapa pandai nak bergaul, terutama dengan orang baru, terutama dengan perempuan, terutama dengan perempuan yang hot, tapi hot pada mata aku saje. Ya, aku pun perasan, banyak sangat penggunaan perkataan ‘terutama’ kat situ, dan ya, agak sentap jugak berhadapan dengan pengakuan begini. By the way, above of all, I’d do the best in relationship with all my best friends.

Laila bukan perempuan pertama yang aku date. Aku ada tiga girlfriends sebelum dia. Dalam tak pandai tu, tiga girlfriends aku ada. Boleh tahan jugak la dia punya gatal. Aku nekad akan cerita jugak satu persatu pasal ex-girlfriends aku. Kalau tak detail pun brief pun jadi la. Kerana disebalik cerita tu ada significantnya kisah-kisah yang terjadi dalam umur setahun jagung aku ni. Pengalaman yang sekolahkan aku tentang perempuan, hubungan dan hidup secara amnya.

Lepas break-up dengan ex aku yang ketiga, aku adakan sesi intrapersonal communication. Yes! Sesi bercakap dengan diri sendiri. At this age, aku yang berumur 21 tahun pada ketika itu, akan mengambil langkah secara perlahan-lahan, I will take it slow, dalam menjalinkan hubungan dengan perempuan, yang bergelar the ONE. Orangnya pun dah tau siapa. Dah biasa sangat dengan cerita ready made. But now it’s time for the story of how it’s made. The making of…

Untuk terus hidup...

on Tuesday 18 September 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu & hai.

Ahad lepas aku pergi check kereta aku kat workshop dengan abang ipar aku. Mechanic tu terangkan apa benda yang dia nak buat. Aku redhakan saja. Dalam perjalanan balik ke rumah aku terkesan dengan statement daripada abang ipar aku yang berbunyi... aku lupa conversation kami yang awal tu tetapi yang akhir tu cenggini..."... saje la angan²... dapat tak tau bila... angan² la yang buatkan kita nak terus hidup.... kalo takde angan² mati la kita..."

So aku setuju dengan statement itu. Aku ada angan²... banyak angan² aku. Salah satunya, angan² dalam arena blogging ni, aku nak buat satu cerita bersiri untuk bacaan umum.

Certengok nanti camane... Menjadi ke idak?

Sekian.

The wheel positioned DOWN...for now.

Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Lama siut tidak mengepos sesuatu di blogku ini. Sememangnya aku ini tidak la suka sangat blogging² ni. Ini macam mengikut² orang zaman sekarang la kiranya...lantak la...

Check in untuk hidup aku setakat ini, baru² ni kete aku rosak. Rentetan kerosakan keretaku ini bermula dengan rosaknya suis power window aku. Boleh plak dia patah time balik keje. Nasib baik tak panas sangat time tu, dah tak boleh bukak plak tingkap kereta belah pemandu & co-pilot. Setiap kali bayar tol kene bukak pintu. Takpe... Sabo...

Lepas tu air-cond kereta plak rosak. Asal berhenti je dia panas, asal jalan jam je dia panas. Paling jahanam time hujan. Berkuap dalam kereta. Banyak kali jugak aku tersadai tepi jalan time hujan sebab nak tunggu hujan berhenti. Paling kesian adalah anak aku. Setiap pagi aku akan hantar dia ke rumah mak aku. Berpeluh² dia. Menangis tu jangan cakap la. Terasa berdosa diri ni bila benda tu jadi. Nak perbetul aku pulak takde duit.

Berbulan² jugak air-cond tu rosak. Last sekali aku nekad pergi jugak hantar kedai untuk repair. Dah masuk workshop, confirm la macam² yang kene. RM650 hangus. Itu hanya servis & tukar 2-3 barang. Sebab semua benda yang kena tukar tu dah rosak. Last sekali, owner kedai tu seorang amoi bagi tau aku, aku kene tukar compressor air-cond aku sebab itu la penyebab air-cond tu tak berfungsi dengan baik. Aku kene sediakan duit RM800 plak nak tukar benda tu. Takpe... Sabo...

Elok je lepas servis air-cond (compressor belum tukar lagi), satu subuh sebelum pi kerja, start enjin, then  nak masuk gear reverse. Tak boleh masuk gear plak dah. Aku cuba juga kasi sampai boleh. Dekat 2 hari jugak aku dera kereta aku tu.  Aku hentam jugak, drive je kereta tu. Kaki kiri dengan tangan kiri aku mengalami trauma kerana hari² berhempas pulas berusaha untuk tekan pedal clutch & masukkan gear. Takpe... Sabo...

Hari ketiga aku macam dah tak boleh nak tolerate dengan keadaan begini. Air-cond tidak mencapai par, gear pun sama naik jugak. Aku try call member aku yang kerja kat perodua. Dia tolong tanyakan pada mechanic dia, dia cakap clutch plate aku dah haus. Bajet dalam RM600. Ha...duit lagi... Takpe...Sabo...

Petang tu aku tanya abang ipar aku. Mintak opinion dia. Dia kata hantar workshop kawan dia. Tentang harga boleh kowtim. Bayar ansuran. Dia kasi pinjam kereta dia sementara menunggu kereta aku siap. Kene bawak turun enjin baru boleh tengok apa yang rosak. Alang² enjin dah turun banyak lagi yang kene tengok, meaning...banyak benda kene ganti... Takpe... Sabo...

Minggu lepas handphone aku plak buat hal. Bateri plak drain out dalam kadar yang sangat cepat. Aku ada bateri spare. Aku cuba tengok, kot la sebab bateri dah kong ke ape...Aku try guna 2-2 bateri tapi sama je. Dengan kerja aku yang sangat² memerlukan menatang ni. Aku perlukan handphone baru. Tapi aku takde duit. Aku pakai jugak... Takpe... Sabo...

Dugaan aku kali ni bertimpa². Lepas satu, satu benda jadi. Aku rasa aku banyak buat dosa, ini habuan dia. Aku redha saja... Innalillah... Moga Kau jauhkan musibah & murahkan rezekiku Ya Allah, Ameen. Image dibawah sememangnya kena dengan entry kali ini.

Image credit to Pemudattbc





The Pundeks

on Wednesday 6 June 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu, dah hai.

Tajuk kali ini berkisarkan tentang ketidakpuasan hati and a lot of swearing.

Entry kali ni berkisarkan tentang current events, iaitu rutin harianku, memandu. Ramai pemandu di jalan raya di Malaysia khususnya, adalah PUNDEK. Kerana mereka rasa mereka adalah pemandu yang sangat mahir dan terlatih.

Mereka selalu praktiskan amalan dan nilai-nilai murni dalam pemanduan mereka seperti, tidak mahu memberi lampu signal bila nak masuk simpang, selalu double parking, selalu taknak masuk dalam parking space walaupun ada space untuk parking dan terus terusan parking kereta mereka di tengah jalan seperti jalan itu papa dia yang punya. Ada juga yang tidak tahu parking pada space yang betul. Nak align kereta dengan parking space memang mereka tidak tahu. Ini mungkin mereka terencat atau kepala mereka pernah terhantuk pada tiang jamban rumah mereka sewaktu mereka masih bayi atau mungkin alignment diri dan otak mereka juga sudah lari meninggalkan mereka. That is SUPER PUNDEKS!


Image credit to Balajoe27

Potong Q itu adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka ini, seperti bermain air di tepi pantai barangkali. Dalam dunia ni memang mereka saja yang perlu cepat dan pantas, PUNDEK bukan? Mereka juga suka memandu perlahan di laluan memotong/ laju, bagi mereka, itu adalah lumrah kehidupan. Kehidupan tengkorak ko!

Mereka juga sangat suka tengok accident. Ini adalah satu kemestian, dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan, pada mereka melihat accident seperti mengalami ejakulasi. Tu belum masuk tonto datang join the party tu, sibuk dengan walkie talkie dia, dengan muka lahanat pecah rumah, mereka memang PUNDEK.

Banyak lagi PUNDEK yang belum tersenarai...

Ikuti siri The Pundeks dalam entry² akan datang.

Sekian.

Sabar

on Monday 14 May 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Pahabaq? harap baik².

Aku nak tanya tentang kesabaran...

Di mana had kesabaran? Adakah kesabaran ada had? 

Barang diingat... sabar SEPARUH dari IMAN. 

ALLAH bersama orang² yang sabar.


Image credit to Madahannan

Therefore, untuk sabar, perlu BERIMAN KEPADA ALLAH.

Persoalan berbangkit: Bagaimana IMAN kita?


Sekian.

Confirm Penipu!

on Monday 26 March 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Amacam? Ada baik? Moga baik² belaka hendaknya.

Cerita ini tiada kene mengena dengan current events dalam hidup aku. Cuma dah lama pendam, hari ni baru nak cerita. Korang pernah beli durian? Experienced sendiri membeli durian, pernah? Apa penjual² ni cakap? "Buah gerenti manis... isi tebal..." Memang betul dia ada potong sikit kulit tu kasi kita tunjal² isi durian tu. Rasa macam tebal je kira jadik la. Sampai rumah, beriya la kerumun anak beranak nak makan, pastu hampeh, tang yang kene tunjal tu je tebal...yang lain tak masak la, mengkal, busuk la. Memang jahanam!

Image credit to  Stevegumaer


Durian tu hanya salah satu cerita daripadanya. Moral of the story adalah, ada manusia yang suka buat benda macam ni, mengaku sesuatu benda yang tak pasti untuk kepentingan dan faedah sendiri. Amik contoh durian ni la. Dah tentu² durian tu ada kulit, kau tak tau isi dia selagi kau tak bukak dan rasa. Tak kira la durian tu dari pokok baka super colossal ke apa emas ke berlian ke. Itu semua ketentuan Allah. Bila dia nak manis...manis la. Bila dia nak mengkal, mengkal la. Yang kau (si penjual) tu beriya tabur kata² manis tu apasal? Mengaku expert tu yang tak boleh blah tu beb.

Aku nak tekankan mengenai konsep. Konsep sama tapi subjek berbeza. Konsep penipuan sebegini memang banyak berlaku dalam dunia ni. The funny thing is, kita sedar, tapi kita benarkan aku ulang lagi phrase ni, KITA BENARKAN ia terus berlaku dan berlaku ke atas diri kita. Kepada penjual durian, (aku pinjam kata² nista anak buah aku dalam latest entry blog dia) FUCK YOU!

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hear ye! Hear ye!

Compared to nothing - All right reserved. Powered by Blogger.