Happy Birthday Ya Rasulullah.

on Monday 6 February 2012
Selamat sejahtera keatas kamu dan hai.

Image credit to Adil Mohd

Happy birthday Ya Rasulullah... Mari selawat banyak²....Kalau la nabi ada lagi apa akan jadi eh? Tapi, berdasarkan apa yang sedang berlaku dan terus berlaku dalam alam fana, aku rasa sama je. Manusia tetap macam tu juga. Bukan sebab aura atau kenabian Rasulullah tu dipertikai. Dia tetap "THE ONE",  tak siapa boleh sangkal, (kalau sape sangkal memang zero la iman lu...) tapi manusia dah terlampau jahanam. Yang kafir dah tentu, yang islam ni pun sama jugak, itu yang agak musibat kalau dikenang²kan tu. Damn!

Dulu Tun Mahathir pernah cakap pasal melayu mudah lupa. Cakap Tun tu memang sangat betul. Lebih² lagi melayu yang islam ni. Perkara ni ni dah menular dan elok bertapak dalam hati, hamik kau! Lupa yang dimaksudkan tu bukan la setakat lupa diri, lupa asal usul, kacang lupakan kulit atau pun lupa pam tandas lepas bank-in tinja. Semua kelupaan yang aku senaraikan tu semua betul tapi lupa yang paling ultimate sekali adalah lupa Allah dan Rasulullah neh!

Ha...bila ada orang tembak rambang macam aku ni, mesti ada yang melenting macam ulat anak langau punya (ulat dalam tinja pun boleh gak... mana² la...). Marah siut. "Suka ko je cakap aku lupa tuhan, lupa nabi...kenapa ngan ko ni, nak mampos!" lebih kurang camtu la respon manusia² ini.

Tak payah bagi contoh yang nak menampakkan orang lupa Allah dan Rasulullah ni. Setiap detik berlaku dan berlaku lagi tanpa henti. Kita ni mesti ingat pada Allah dan Rasulullah pada setiap masa. Itu saja. Apabila ingat Allah dan Rasulullah pahala terus autodebit ke akaun masing². Itu baru ingat saje tu. Apabila ingat Allah dan Rasulullah setiap masa mesti nak buat... aku ulang... mesti nak buat baik je memanjang. Apabila ingat Allah dan Rasulullah mesti tak buat... aku ulang lagi pulak yang ini... mesti tak buat dosa. Sebab dah sedia maklum Allah murka. Ingat je la kat Dia... susah ape?

Aku bukan nak bersyarah atau berkhutbah. Tak layak pun aku ni...Tapi nak kasi ingat pada sape yang tak berapa nak ingat. Kitakan mudah lupa... Yang ni kalau lupa...yes...WE ARE NOTHING!

Nextttt....

Selamat sejahtera keatas kamu...

Three New Years for Comeback.

on Wednesday 1 February 2012
Selamat sejahtera keatas kamu.

Sungguh lama menyepi neh... Tahun pun dah berganti. Tiga tahun plak tu berganti sekali. Hijrah, Masehi dengan tahun Cina semua siap. Anak pun dah membesar. Dah 38 hari dah umur dia. Blog ni memang saja aku bikin untuk tambah semak dalam blogspot ni. Haha.

Banyak perkara berlaku since last entry. Perkara² yang gembira, sedih, pelik dan perkara² yang patut dicarutkan selayaknya. Banyak perkara yang berlaku buat aku terfikir dan berfikir. Menyumpah tu toksah cakap la, berbakul. Maybe, aku dah boleh order 20 footer container, just for carut marut aku sahaja, fully loaded! Loaded dengan duit takpe jugak. Pungkoq!

Aku ada sebut tentang this phrase "compared to nothing" ni pada seseorang, tapi lain pulak penerimaan dia. Dia cakap aku tak baik, sebab letakkan sesuatu perkara tu pada satu tahap yang menyedihkan. Pathetic la kata omputeh. Mungkin dia betul dan mungkin juga aku betul. Tapi macam mana nak kelasifikasikan sesuatu itu betul atau salah. Siapa yang berhak untuk kata itu salah dan ini betul. 

Ceritanya bermula begini, segala inspirasi datang dari pemerhatian dan pengamatan aku secara peribadi. First of all, credit to John Mayer, untuk phrase ni. "Compared to nothing, it's all great; it's not better or worse then anything". Nampak macam..., "Ish... mamat ni macam looser bebenor..." but it's not end there. Kenapa aku cakap pasal comparison? Sebab manusia memang suka compare² ni. Suka sangat banding² kan semua benda. Bandingkan semua perkara. Aku ulang sekali lagi, suka membanding². Memang layak di benam dalam Tasik Banding je orang macam ni.

Kepada sesiapa yang pernah tengok filem Kiss of The Dragon, Jet Li berlakon kat France. Dalam DVD dia ada extra features, ada interview. Jet Li cakap, masalah manusia ialah suka membanding², suka sangat bandingkan diri sendiri dengan orang lain, dalam segala sudut pulak tu. Jadi dia kata masalah dia datang dari dalam diri individu tu sendiri. Sebab itu la tak boleh maju. Kalau benarlah manusia boleh handle the truth (the idea/ content of comparison) tu, dunia tak jadi macam sekarang ni. Secara ringkasnya, phrase "Compared to nothing" memberi satu dimensi positif kepada individu itu untuk tengok sesuatu dengan lebih jelas dan nyata.

Aku dah melalut abes dari tujuan asal entry aku hari ni. Banyak perkara yang aku plan nak share tapi aku tak share. Next entry la tu...

Share yang ni la dulu...

Wokeh... sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hear ye! Hear ye!

Compared to nothing - All right reserved. Powered by Blogger.