Anak Abah!

on Wednesday 8 June 2011
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Perkhabaran istimewa untuk aku dan wifey. Alhamdulillah... Junior is coming!

InsyaAllah, new chapter begins approximately 220 days lagi, bersua la si dia dengan abah & mommy. Berdebar² jugak rasa hati ni. Hari berganti hari, rasa tak sabar pun ada. Rasa curious tu lagi la. Sentiasa nak tau, dah besar mana dah dia kat dalam tu? Apa dia tengah buat? (Walaupun dah tau/ dah scan/ dah cekidaut dalam internet).

Dalam meniti hari tu, aku terfikir dan merenung tentang kejadian insan. Apa yang kita tahu tentang hidup dan mati? Bersedia ke aku dengan sebuah kehidupan? Bagaimana pulak dengan kematian? Dan bagaimana perihal perkara diantaranya? "Baby... abah suka mikir benda² gini..."

Inginku kongsikan hakikat yang Allah tetapkan tentang kita.

"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang berubah." - surah al-Hijr: 26

Allah beritahu ini di hadapan sekelian para malaikat, termasuk ketua mereka, Azazil.

"Jin, Kami ciptakan sebelum manusia dari api yang sangat panas."  -  surah al-Hijr: 27

Sebaik sahaja kejadian hamba itu selepas disenyawakan, pada umur 120 hari maka janin itu ditiupkan rohnya oleh Allah swt.

"Apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Kutiupkan ke dalamnya daripada ruhKu, lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya (Adam a.s)." - surah al-Hijr: 29

Ketika roh itu ditiupkan dari Luh Mahfuz, ada 4 perkara yang Allah perintahkan malaikat menulis sebelum kelahiran sekelian anak Adam itu ke dunia; iaitu tentang rezekinya, jodoh, untung baik/jahatnya (qada' dan qadarnya) dan akhir sekali ialah tentang ajal (maut), iaitu beserta dengan di manakah letak tanah kuburnya - untuk disemadikan.


Namun begitu ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua. Baby, moga kesihatanmu baik. Ameen...

Clarity

on Friday 25 March 2011
Selamat sejahtera ke atas kamu dan Hai,

Ceh! Title
1st entry cam blog omputeh. Berkobar² nih! Aku teringin benor nak buat blog ni, memang dah lama. Bukan setakat teringin, siap dahku kabo kan kepada orang tentang cita² kecilku ini. Sampai satu tahap aku rasa malu pun ada. Kira macam cakap tak serupa bikin la... Itu lah benda yang sangat perlu dibuang jauh²... "Cakap Tak Serupa Bikin". Setelah wujudnya blog ni maka aku dah dapat buang sikap itu. :)

Mula asalnya sebab sikap bertangguh tu la. "Asyik bertempoh² sampai dah naik lempuh".(Dialog tuan rumah mintak hutang sewa rumah kat bini Do dalam DoReMi). Kalau hangpa nak tau, bad habit macam bertempoh, bertangguh dan akhirnya cakap tak serupa bikin ni adalah adik beradik, sepupu sepapat dengan Encik MALAS. Kalau adik beradik ke atau saudara mara, orang akan cakap, air dicincang takkan putus. Tapi yang ni boleh. Walaupun depa tu sepupu kuat, hat ni hangpa kena tungkuih lumuih pisahkan depa. Manfaat pon dapat kat hangpa, pahala pun mai ikut ataih, insyaAllah.

This is new for me. It’s all about sharing and blogging is the channel that I’ve chose. Sharing is caring tu tak tau la pulak betul ke tidak. Kengkadang tu saja ja sembang pumpang serupa gunung boleh tumbang… tapi belakang ada maksud lain. Aku akan blogging sampaikan apa yang hakiki dalam bahasa jiwa aku. Bagi aku, hanya bahasa jiwa saja yang tulus dan mulus ikhlas. Bukan bahasa jiwa bangsa tu. Itu lain!

Alhamdulillah kerana blog ni lahir jugak. Daripada tak ada, ada…Compared to nothing… It’s all great; it's not better or worse than anything. Akhir sekali untuk 1st entry ni, bait² lirik ini yang inspired aku untuk lahirkan blog ini. The song got me inspired, buat aku terfikir, merenung dalam diri aku, apa yang aku rasa, apa yang aku lalu. More to come, I promise.

Clarity - John Mayer.
And I will wait to find
If this will last forever
And I will waste no time
Worried 'bout no rainy weather
And I will waste no time
Remaining in our lives together

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hear ye! Hear ye!

Compared to nothing - All right reserved. Powered by Blogger.