Anak Abah!

on Wednesday 8 June 2011
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Perkhabaran istimewa untuk aku dan wifey. Alhamdulillah... Junior is coming!

InsyaAllah, new chapter begins approximately 220 days lagi, bersua la si dia dengan abah & mommy. Berdebar² jugak rasa hati ni. Hari berganti hari, rasa tak sabar pun ada. Rasa curious tu lagi la. Sentiasa nak tau, dah besar mana dah dia kat dalam tu? Apa dia tengah buat? (Walaupun dah tau/ dah scan/ dah cekidaut dalam internet).

Dalam meniti hari tu, aku terfikir dan merenung tentang kejadian insan. Apa yang kita tahu tentang hidup dan mati? Bersedia ke aku dengan sebuah kehidupan? Bagaimana pulak dengan kematian? Dan bagaimana perihal perkara diantaranya? "Baby... abah suka mikir benda² gini..."

Inginku kongsikan hakikat yang Allah tetapkan tentang kita.

"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang berubah." - surah al-Hijr: 26

Allah beritahu ini di hadapan sekelian para malaikat, termasuk ketua mereka, Azazil.

"Jin, Kami ciptakan sebelum manusia dari api yang sangat panas."  -  surah al-Hijr: 27

Sebaik sahaja kejadian hamba itu selepas disenyawakan, pada umur 120 hari maka janin itu ditiupkan rohnya oleh Allah swt.

"Apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Kutiupkan ke dalamnya daripada ruhKu, lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya (Adam a.s)." - surah al-Hijr: 29

Ketika roh itu ditiupkan dari Luh Mahfuz, ada 4 perkara yang Allah perintahkan malaikat menulis sebelum kelahiran sekelian anak Adam itu ke dunia; iaitu tentang rezekinya, jodoh, untung baik/jahatnya (qada' dan qadarnya) dan akhir sekali ialah tentang ajal (maut), iaitu beserta dengan di manakah letak tanah kuburnya - untuk disemadikan.


Namun begitu ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua. Baby, moga kesihatanmu baik. Ameen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hear ye! Hear ye!

Compared to nothing - All right reserved. Powered by Blogger.