Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai...
Berpesan-pesanlah… InsyaAllah…
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau
berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi
Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki
yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak
ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di
kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu
disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak
tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan
Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa
di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau
berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun
merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang
lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah,
para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau
percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku
tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah
seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka
sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan
kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat
tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata:
Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara
tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan
apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian
dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina
bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu
aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan
RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat
Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis
riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535,
beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904,
4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah no: 4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no:
62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Kedudukan hadis ini
- Ibu kepada hadis-hadis lain. Mengandungi
penjelasan Din secara keseluruhannya.
2) Islam
- Terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/
badani wa maali.
3) Iman
- Asal iman/ iman dan islam/ qaul
- Amal juga sebahagian dari iman. hadis
Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar………..
4) Membezakan antara sifat Allah dengan
sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) :
rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di
langit
- semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam
ratus sayap.
Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama yang datang dari
Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu
bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la
bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk
seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.
Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama,
iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu
mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar
zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.
Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau
beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan
beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. Kesempurnaan seorang
mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan
tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil
dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata.
Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah
apabila diamalkan keseluruhannya. llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan
panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan
sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana
beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa
soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi.
Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan
meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan
orang berilmu.
Hari qiamat adalah peristiwa besar yang
menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan
berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang
tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku
qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.
Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang
menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu
melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di
akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar
menjadi hartawan yang kaya raya.
0 comments:
Post a Comment