Kenapa Laila (How I Met My Wife) Episod 2 ©

on Friday 14 December 2012
Walaupun aku dah janji nak cerita pasal ex-girlfriends aku, tapi kecenderungan hakikinya lebih kepada si dia yang bernama Laila yakni isteriku. Apabila terkenangkannya pun dah buat aku melayang-layang, terbang menyusuri setiap memori...

Dulu, lepas break dengan ex-girlfriend aku yang terakhir, aku agak terkesan dengan pengakhiran hubungan itu. Apabila kita dah letak sepenuh harapan pada sesuatu, bagai hampir pasti harapan itu akan 'menjadi'. Tapi tak jadi! Rasa sengal urat-urat dalam kepala ni. Otak secara intensif menjalankan kaji selidik.

Perihal hajat tak sampai itu boleh diterima akal sebenarnya, namun sebab musabab harapan tak menjadi itu yang berlegar dalam fikiran. Apa sebabnya pun sampai sudah tak dapat nak faham. Hakikat putus cinta sebigini sebaiknya harus dijauhkan. Biar dia pergi jauh-jauh... akibatnya, longlai tubuh badan. Saat usia baru mencecah 21, pedoman tu agak kurang dalam dada... Itu yang buat duduk terjelepuk tepi tangga. Bila dah dewasa, dah jadi sang suami ni, bila kenang balik mesti rasa nak makiterajang je diri aku masa dulu tu. Sebenarnya takde apa pun yang sibuk nak dilayankan sangat.

Namun begitu, sesuatu itu terjadi untuk sesuatu. Bear in mind... Everything happens for a reason... itu kata mereka... Masa ni la aku adakan sesi intrapersonal. Cakap dengan diri sendiri, cari pengertian dan punca perpisahan la konon. Lame habis! Satu perkara terjadi untuk trigger satu perkara lain untuk berlaku.

Akhir suku ketiga tahun 2001,aku sebagai student di sebuah universiti swasta yang terletak nun jauh di tempat anak-anak jin bercanda, Cyberjaya. Tak lain tak bukan iaitu MMU. Apa pun takde. Yang ada hanya kering, kontang, panas & Street Mall. Zaman ni bebudak baya aku sememangnya sinonim dengan muzik. Layan semua jenis muzik dengan macam-macam genre. Masa ni jugak internet jadi kawan baik. Muat turun mp3 & video muzik jadi past time activity paling best. MMU pulak masa tu memang kaya dengan sumber MP3 & muzik video dan macam-macam, semua kongsi dalam intranet. Meriah habis! Muse, Incubus, System of A Down, Slipknot, Deftones, Korn, Limp Bizkit dan banyak lagi you name it. Dipendekkan cerita, zaman ni jugak, ramai yang layan muzik-muzik berkonsepkan band, pancaragam kata orang dulu-dulu. Ramai yang nak tubuhkan band sendiri. Termasuk aku. Tapi takde kaki nak ajak main muzik yang aku suka masa tu. Kiranya, cita-cita aku kene bekukan dulu sampai ketemu band member yang sebulu.

Perihal aku dan sidia, muzik pemula bicara. Muzik buat kami teruja, kerana muzik jadinya 'kami'... Hari tu hari Jumaat. Ada kelas pukul 8 pagi. Lepas solat subuh aku tidur balik, nak napping, snooze-snooze kejap. Nak lelapkan mata barang seminit dua la konon-konon. Lagi 15 minit kelas nak mula baru tersedar. Tapi masih buat relax, bersiap macam biasa, buat macam masa masih menyebelahi aku. Dulu aku duduk rumah sewa. Akibat tak dapat hostel. Pakat ramai-ramai dengan kengkawan cari rumah. Roommate aku masih dok terkangkang tidur sambil peluk bantal. Dia takde kelas hari ni. Jumaat dia memang best kerana Jumaat dia hari cuti.

Biasanya aku akan naik shuttle bus yang disediakan oleh MMU untuk angkut student dari rumah sewa ke kampus. Tetapi hari ni aku naik motor, aku pinjam motor Modenas Kriss roommate aku sebab hari ni ada beberapa perkara yang aku nak selesaikan lepas waktu kelas. Dari rumah aku meredah pagi dengan niat yang murni suci untuk mengaji. Aku tengok jam tangan aku dah 10 minit lepas 8, aku masih chill. Cuaca pun baik, matahari pagi elok je naik perlahan-lahan. Aku teruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke destinasi pada jam 8.35 pagi. 

Aku terus menuju ke lecture hall 3. Terkedek-kedek memanjat anak tangga. Lecture hall ni best sebab lecture hall ni saja kerusinya ada kusyen. Kiranya, kalau ada kelas yang agak bosan, napping pun selesa. Aku masuk dengan langkah yang agak berani. Masuk dari pintu atas. Langkah penuh yakin dan tenang. Aku tarik daun pintu dan lecture hall itu senyap sunyi. Kosong!

Jahanam. Kuliah ni ke yang batal atau aku yang salah lecture hall? Aku cuba intai lecture hall sebelah menyebelah, tapi ternyata penghuninya bukan dikalangan classmate aku. Tak mungkin kuliah dah bertukar venue dan diadakan di kelas biasa, kerana ramai yang ambil subjek ni. Kelas biasa memang tak muat. Perkara ini boleh jadi best atau pun sebaliknya. Best sebab takde kelas. Tak best sebab aku kene susah payah bangun pergi kelas yang dah batal.

Aku ambil keputusan untuk pergi ke cafe sebelah library untuk sarapan nama dia cafe Tau. Kebetulan di situ aku berjumpa 3 orang amoi, classmate aku yang sedang duduk menjamu selera. Aku tanya tentang kelas tu. Dia balas dengan senyum. "The class was cancelled. They put it up in the bulletin last night, but I didn't know as well". Aku chit-chat sekejap dengan amoi-amoi tu dan minta diri untuk keluar. Lupa terus tentang breakfast. Nak masuk balik rasa macam bengong pulak. Aku terus ke tempat letak motosikal.

Yang dah lepas, lantak kat situ. Sekarang aku perlu fikir untuk cari sampul surat saiz A3. Amanat dari abang aku, tolong hantarkan document untuk dia. Bukan main besar lagi document tu. Di sini la bermulanya perjalanan Jumaat penuh makna aku itu. Misi mencari sampul surat saiz A3. Kan ke pelik-pelik tajuk tugasan aku tu. Memang aku blur pagi tu. Tak boleh nak fikir, mana boleh aku cari benda-benda special request macam ni? Aku start motor dan teruskan perjalanan, keluar dari MMU tanpa ada idea dalam kepala…

Lepas satu tempat ke satu tempat aku lalu. Tapi tak berhenti pun. Aku layan je jalan raya tu. Ikut je mana tayar motor tu bergerak. Akhirnya aku sedar, aku berada di Petaling Jaya. Khayalan peringkat tinggi ni. Aku rasa macam lapar pulak. Dah dekat sejam lebih aku duduk atas motor. Aku singgah satu kedai mamak dekat dengan restoran A&W. Lepak situ makan roti pisang sama teh panas. Sambil- sambil duduk termenung tanpa motif. Sampai lupa langsung pasal sampul surat A3 tadi.

Tak sedar masa tu berlalu pantas. Bak kata kartunis Aie, ‘masa tak ada masa nak buang masa dengan kita’. Jam dah tunjuk pukul sebelas setengah. Dari Cyberjaya pukul sembilan, sampai sekarang apa pun tak buat lagi. Aku terus bayar duit makan tadi dan terus dengan pencarian sampul surat A3 yang misteri sangat tu. Soalnya di mana? Aku rancang nak teruskan perjalanan ke kawasan Asia Jaya. Kat situ ada banyak kedai dan ada pejabat pos sekali. Dekat pulak dengan Masjid Bulat. Senang aku nak solat Jumaat. Masa pun tak banyak yang tinggal. Aku cuba nasib di sana saja. 

Cuaca panas! Trafik bergerak perlahan di flyover PJ Hilton, aku berhenti di lampu isyarat merah. Lama pulak lampu ni nak tukar hijau. Kalau macam ni hari-hari mau legam tangan dan muka. Adalah satu pengorbanan juga kepada mereka yang mencari rezeki dengan bermotosikal ke tempat kerja. Itu belum hujan lagi, tersadai bawah jambatan. Belum ambil kira risiko kene langgar dengan lori tu. Ini adalah bukti bahawa kehidupan ini sungguh ‘macam-macam’. 

Ok, lampu pun dah hijau, aku terus tunggang motor dan sampai ke destinasi. Dah kelihatan orang berkopiah dimana-mana. Aku letak motor dan bergegas ke pejabat pos. Perkara pertama sekali aku buat adalah aku terus ke kaunter, bertanyakan pada akak yang jaga kaunter tu ada tak jual sampul surat A3. Akak tu pun jawab dengan penuh santun dan gembira. Ada…

Walaupun berita itu tak boleh nak capai tahap berita gembira mutlak, tapi kegembiraan kecil ini make my day sangat ni. Aku teruskan kerja-kerja penghantaran dokumen abang aku. Ambil nombor, duduk dulu, tunggu giliran, jumpa akak kaunter tu balik, sembang-sembang dengan akak kaunter tu sambil selesaikan urusan, bayar duit dan keluar.

Hampir pukul satu. Bacaan surah-surah dah mula berkumandang, hampir masuk waktu solat Zuhur. Aku terus ke tempat letak motor dan simpan semua yang ada di tangan. Aku simpan kemas-kemas barang-barang aku dalam compartment belakang motor. Tukar kasut dan pakai selipar, dan capai kopiah dalam beg. Teruskan berjalan kaki menuju ke masjid bulat. Sedang elok berjalan tu terpandang pulak kedai jual majalah dan surat khabar. Layan sekejap, barang seminit dua.

Aku mula baca tajuk utama berita sahaja. Dari satu akhbar ke akhbar yang lain. Selak bahagian sukan, nak tengok kalau-kalau ada berita menarik. Tengok pulak tabloid, sememangnya intipati, kisah-kisahnya semua yang pelik-pelik tak pon mesti cerita berbaur seks. Damn perv!  Bergerak pulak kebahagaian majalah. Mencari-cari majalah muzik. Macam-macam ada. Saja nak tengok. Nak beli memang tiada dalam perangcangan. Aku tak perasan ada seseorang disebelah kanan aku turut sama melihat majalah-majalah. 

Seorang perempuan. Maybe dia pun browsing juga. Tidakku pandang pula wajahnya, kerana waktu itu aku lebih cenderung melihat muka surat yang sedang dibacanya. Terpampang gambar kumpulan Incubus dan ada artikel mengenainya. Tak tahu dari mana datangnya suara, aku terus berkata sesuatu indirectly kepada perempuan itu, sipembaca tadi.

“Bila agak-agak diorang nak datang sini eh?” Agak pelikkan perbuatan aku itu kan? Malah aku sendiri setuju bahawa ianya pelik. Tetapi ada yang lebih pelik berlaku selepas itu. 

“Ha’ah eh. Tak pernah lagi singgah sini kan..?” Si pembaca tadi membalas. Ok... Nice voice…

Fenomena pelik itu masih berterusan. “Cerita pasal ape?” Aku tanya.

“Pasal next album, kata nak released Oktober ni.”

“Make yourself 99’ kan?”

“Ha’ah album tu best kan?” Dia pandang aku. Comel!  

Aku pandang dia. Dua saat, dan kami senyum. “Hmmm” aku anggukkan kepala sedikit tanda setuju. Dia teruskan pembacaan. Azan berkumandang, aku ubah pandangan ke jam tangan dan ke arah masjid. “Masuk waktu dah…” Dia pandang aku sekali lagi dan balas dengan senyuman.

“Bye”

“Bye”

Aku pun berlalu, menuju ke masjid. Dalam sedang mengatur langkah tu, aku terfikir macam nak patah balik, nak mintak contact number, berkenal-kenal ke... Aku berhenti dan toleh semula ke tempat dia berdiri. Dia masih terus membaca sambil menggalas sebuah beg guitar bass di bahu kanan. Main bass? Cool! Dalam hati dah terdetik perasaan pesimik “Bleh dapat ke? keep dreamin'...” Aku akur dan memilih untuk lupakan dan terus berjalan ke masjid. 

Hakikatnya, itu lah isteriku Laila Nazeeha.

Hadis 40 - Ibu Kepada Hadis² Lain


Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai...

Berpesan-pesanlah… InsyaAllah…

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah no: 4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Kedudukan hadis ini
- Ibu kepada hadis-hadis lain. Mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.
2) Islam
- Terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
3) Iman
- Asal iman/ iman dan islam/ qaul
- Amal juga sebahagian dari iman. hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar………..
4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di langit
- semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.

Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata.

Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya. llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar. Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

والله الم 

Hadis 40 - Niat

on Tuesday 11 December 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Sorry², aku tak tunai janji. Kenapa Laila (How I Met My Wife) kena tangguh lagi. It will be up soon.
Entry kali ini, solely untuk aku melakukan sesuatu untuk berpesan-pesan kepada mereka yang singgah dan baca blog aku ini. Lillahi ta’ala. InsyaAllah...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al- Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih  (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال  بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908). Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
 
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini
- kisah Hijrah Ummu Qais.

2) Kenapa niat penting :
- Untuk bezakan ibadat dengan adat.
- Untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat (jahr)
- Bid’ah mungkarah : tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil)
- Fuqaha’ Syafie: sunnat. Haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
- dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Contoh:-
- Berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki) Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
- Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat.
- Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - seperti – tak makan - berdosa.

Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

p/s: Sekiranya ada diantara kita lebih arif dan benar, lalu mendapati ada kesilapan dalam peneranganku sila betulkan.

والله الم

Anak Abah The Second!

on Tuesday 27 November 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai!

Alhamdulillah. Sesungguhnya hati ini gembira. Abah's Jr. is going to have a partner soon. Berita ini tidak lah baru sangat. Quite sometime jugak aku dah tau. Countdown pun aku dah letak kat bawah tu. Gender tu tak tau lagi. It's fine as long as Wifey, the baby & our Jr. is healthy, itu Doaku. Ameen...

For this blog. Aku harap dapat spend more time untuk menulis dan merungkai. Harap aku ada masa.

How I Met My Wife is next!

Wassalam

5 Sebelum 5

on Tuesday 9 October 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Pesanan untuk aku dan kalian. Please take note & bare in mind.

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Ahad lepas aku join game futsal anjuran ofis aku. Permainan ini telah menyedarkan aku tentang beberapa perkara. Iaitu, futsal bukan permainan untuk aku lagi. Exercise biasa² seperti jogging sekali sekala dalam seminggu atau buat kerja² berat tidak bermakna aku cukup fit untuk main permainan ini. Kalau dah lama tak main permainan ini, contohnya, tahun 2004 adalah kali terakhir ia mainkannya, toksah mimpi ko tu champion sangat walau se-champion mana ko dulu. Sedarlah diri ko sikit ini dah tahun 2012. Kira-kira biar betul, dah masuk 8 tahun beb.

Hasil daripada 8 tahun menyepikan diri dari futsal, inilah pencapaian aku. Main 4 kali, Seri 1 kali, yang belen semua kalah. Puihh!!! Hasil dia satu badan sakit², EL satu hari (kaki tak boleh nak tekan pedal), seminggu baru kebah sakit² nih. Solat pun kene solat duduk. Pungkoq btoi.

Kaitan dengan tajuk entry kali ni adalah. Dulu masa sihat² solat lambat², sekarang nak solat pun susah. Masa sihat nak buat apa² pun malas. Sekarang lagi susah dol. Itu baru yang pertama, No. 2 hingga 4 tu pun mula rasa jugak. No. 5 tu anytime. How much time do we got?

Ya Allah, letakkan diri aku dalam keadaan sedar, beringat, beriman sentiasa, bertindak pada waktunya. Ameen!

Image credit to Zolisport

Sekian.

Hati & air sirap

on Thursday 4 October 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Hari ni hari Khamis. Kepada sesiapa yang berpuasa sunat Isnin & Khamis/ puasa ganti/ puasa nazar dan apa jenis puasa, aku ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.

Aku ada satu cerita nak kongsi. Satu masa dahulu, zaman² bujang, ada satu hari tu aku puasa sunat dengan mak aku. Petang tu, sebelum waktu buka puasa, aku buat trimming pokok depan rumah. Pokok ni kira tempat aku berkarya la. Aku bentuk², trim² pokok tu ikut shape yang aku suka. Ada lima pokok semua. Dua daripadanya bentuk gerudi, macam skru tu. Aku gelarkan pokok tu, Inul 1 & Inul 2, hehe. Sempena gelek gerudi Inul la tu. Tiga lagi aku trim bentuk kon, sebab mak aku yang request.

Cerita kali bukan pasal pokok² tu, cerita pasal pokok² ni lain kali aku cerita. Aku kalau trim pokok ni memang lama. Sebab aku tak puas hati kalau selagi tak capai kualiti yang aku nak. Berjam jugakla ambil masa. Jadi, kalau dah panjang masanya, memang penat beb. Tambah pulak aku puasa hari tu.

Waktu buka puasa dah dekat, aku baru habis trim pokok. Lepas tu aku masuk rumah cuci kaki tangan. Duduk depan meja dengan mak aku. Tekak masa tu punya la haus. Dahaga bebenor. Tapi air tak ada lagi atas meja. Mak aku bangun balik pi dapur dan ambil kole (mug stainless steel). Pastu mak aku tuang air dalam cawan aku dan dia. Mak aku ni suka minum air panas/ suam. Jadi pada malam tu menu air kami adalah air sirap suam. Sedap beb minum air sirap suam ni, aku pun dah terikut² selera mak aku, hehe.

Akan tetapi, jauh di sudut hati kecil aku ni, menginginkan air sirap yang sejuk, kalo boleh ada ais sekali. Sambil menghirup air sirap suam yang mak aku buat tu, ini adalah statement hati aku "sedapnya kalau dapat air sirap ais, tapi takpe yang ni pun Alhamdulillah...". Itulah exact phrase yang terungkap dalam hati aku. Itu je yang aku fikir dan terdetik dalam hati aku. Tak ada kurang, tak ada lebih. Aku ingat sampai sampai bila².

Malam tu lepas Isya' jiran aku selang empat buah rumah jemput makan kenduri. Biasa la nak dekat² masuk bulan puasa orang ramai² pakat buat tahlil kenduri arwah. Lepas dah habis tahlil, tuan rumah start hidang makanan. Apa yang menarik minat aku pada malam tu adalah jug air yang berisi sirap ais. Menarik habis! Lepas orang dah hidang, tuang air semua cukup, imam pun baca doa makan. Lepas tu aku pun pegang kemas gelas berisi air sirap ais tu lalu meneguknya. Itu la air sirap yang paling sedap aku pernah minum seingat aku, sepanjang hidup aku bernafas ni.

Aku cuma mintak dalam hati je tadi. Terdetik je pun. Namun, itu dah kira doa. Setahu aku, doa yang ikhlas itu Allah dengar. Pada aku, ikhlas itu yang misteri. Aku pun tak faham macam mana nak capai ikhlas sebenar benar ikhlas tu. Setiap kali aku kenang kisah ni, berkaca-kaca mata ni. Rasa nak menitik air mata. Mintak air sirap pun Allah bagi. Sedap plak tu...


image credit to wooferstorm

Selalu kita tanya kenapa doa tak makbul. Apa yang dihajat tak dapat. Aku rasa ini adalah one of the reason terkuat. Ikhlas...

Sekian

Komen Aku untuk "Malaysia PM says women’s rights movement not needed in country"

on Tuesday 2 October 2012
Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Entry hari ni mengenai kenyataan PM Najib berkenaan Malaysia tidak memerlukan pergerakan hak wanita "Women's Right Movement". Sebab dia kata wanita memang didahulukan/ diutamakan dalam banyak perkara di Malaysia ini berbandaing negara lain.

Komen aku adalah: Aku SETUJU dengan Pakcik Najib ni.

Tak payah kot nak bergerak² sangat wanita² ini. Ni semua excuse/ tiket untuk melakukan sesuatu. Nanti senang protes, ada kawan² tolong, baru meriah. Undang²/ negara kita ni pinggirkan sangat ke wanita? Aku baca satu artikel kat sini. Ada berbaur politik sebenarnya. Lame sangat...

Pada aku, dalam Malaysia, hak wanita memang terjaga. Alhamdulillah. Even wanita nak pakai baju singkat gila ke, seksi macam mana pun orang tak boleh cakap apa. Ada ke orang tegur cenggini? "Apa yang seksi sangat ko nih? Ko balik tuko baju skang!" Takde kan.....

Dah pakai baju seksi², pastu marah bila orang stare kat dia. Dah ada mata kena la tengok dol! Masalahnya bukan lelaki je tengok, kaum dia sendiri pun dok tengok. Nak pulak yang pakai bukak tang dada tu, yang tayang cleavage tu, time tunduk ke atau time bercakap berhadapan dengan orang lain, dia pun SEBOK la pegang tang dada dia. It's kind of STUPID la ngok!

Cuba lepas ni kita pakat-pakat jangan tengok pompuan² pakai baju singkat/ seksi² ni. Kita buat derk je. Macam dia depa tak wujud. Kita pandang²/ adore orang yang pakai baju tutup aurat. Confirmed lepas ni dia pun ikut tutup aurat. Haha... Pakai baju singkat²/ seksi² semua ni nak tarik perhatian belaka. Pungkoq btoi!

Memang la hak perempuan tu banyak. Bukan sekadar tentang perkara di atas sahaja. Namun begitu pokok pangkal dan puncanya adalah daripada wanita sendiri. Terimalah hakikat ini. Anatominya adalah, bila wanita buat sesuatu, lepas tu macam tak kena gaya atau pun tak dibenarkan atau against dia punya will, time tu la kata hak wanita tak terbela.

Cara yang paling mudah adalah, ikut saja cara Islam. Pada yang belum kahwin, ikut sahaja kata ayahmu, selagi tidak melanggar syarak. Yang dah berkahwin, ikut saja kata suamimu, selagi tak melanggar syarak. Hasilnya adalah syurga Allah. Ada yang lebih baik dari itu ke? Bandingkan dengan hak anda tadi... Jangan berat² kan fikiranmu...

Hidup ni dah la sekejap, lepas tu sementara. Mati bakal datang bila². Ini bukan bermaksud kena fikir hak kita, hak kita, hak kita.... Fikirkan yang paling utama iaitu hak Dia.

My thought of a women will be like this...period!

 Image credit to smsglitz
 Moga selamat dan sejahtera SEMUA wanita dalam dunia!!!

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hear ye! Hear ye!

Compared to nothing - All right reserved. Powered by Blogger.